TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mafia korporat guna struktur sah kelirukan penguat kuasa, Azam Baki dedah ekosistem jenayah terancang

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 2 April – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan bahawa kumpulan mafia korporat kini bergerak secara tersusun dengan memanipulasi struktur perniagaan yang sah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau menjelaskan bahawa sindiket berkenaan tidak lagi melakukan jenayah biasa sebaliknya membina sebuah ekosistem jenayah terancang yang disokong oleh rangkaian profesional termasuk akauntan, peguam, perunding serta penglibatan orang dalam di agensi tertentu.

Menurut beliau, kumpulan ini bukan sahaja melindungi aktiviti haram dan mencuci wang, malah mereka mampu memanipulasi sistem sedia ada bagi memastikan rantaian jenayah tersebut terus berlaku tanpa dikesan oleh pihak penguat kuasa.

Kenyataan tegas itu disampaikan dalam ucapan perasmian Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) yang berlangsung di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Azam turut menyentuh mengenai isu penyeludupan sisa elektronik dan sisa plastik haram yang kini berleluasa akibat pemalsuan dokumen serta salah pengisytiharan kargo yang melibatkan elemen rasuah di pintu masuk negara.

Beliau menegaskan bahawa jenayah ekonomi sedemikian bukan sahaja mengakibatkan risiko pencemaran alam sekitar, malah telah menjejaskan kedaulatan negara serta menyebabkan kehilangan hasil cukai yang sangat besar bagi pihak kerajaan.

Selain itu, operasi penguatkuasaan seperti Ops Karen melibatkan penyeludupan diesel dan Ops Grip melibatkan penyeludupan tayar telah mendedahkan ketirisan hasil mencecah ratusan juta ringgit akibat kelemahan sistem yang dimanipulasi oleh sindiket.

Pendedahan ini dibuat susulan kontroversi membabitkan dakwaan seorang ahli perniagaan mengenai penglibatan ahli politik dalam skandal mafia korporat yang sedang menjadi perhatian umum ketika ini.

+ - reset