Berita Berita
Langkah berjimat: Kerajaan akan naikkan suhu 'aircond' di semua pejabat, boleh pakai pakaian lebih kasual - Azam Baki
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk menaikkan suhu penghawa dingin di semua pejabat kerajaan sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos dan pengurangan penggunaan tenaga.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata keputusan itu dibuat oleh Kabinet dan akan dilaksanakan secara menyeluruh di jabatan serta agensi kerajaan.
"Mengambil pada arahan Kabinet sampaikan air-condition (penghawa dingin) nanti akan dinaikkan suhunya dan kita kemungkinan akan dibenarkan untuk memakai pakaian yang lebih casual ke pejabat kerana mungkin suhu kita akan dinaikkan. Jadi boleh pakai baju lengan pendek dan sebagainya," katanya dalam sesi penglibatan media bersama Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) di ibu pejabat SPRM, pagi tadi.
Langkah itu bukan hanya terpakai kepada SPRM, sebaliknya melibatkan seluruh pejabat kerajaan.
Perkara berkenaan turut disahkan kakitangan di beberapa kementerian yang memaklumkan arahan menaikkan suhu penghawa dingin akan dilaksanakan secara menyeluruh.
Difahamkan, suhu penghawa dingin akan ditetapkan sekitar 24 darjah Celsius.
Untuk rekod, kerajaan telah menetapkan dasar suhu penghawa dingin tidak lebih rendah daripada 24 darjah Celsius sejak 2011, namun tahap pematuhan terhadap dasar itu sebelum ini dilaporkan tidak menyeluruh.
Bekas Menteri Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, sebelum ini turut memaklumkan bahawa pematuhan terhadap dasar berkenaan menjadi cabaran.
Pada 2023, pentadbiran kerajaan turut membenarkan penjawat awam memakai pakaian batik setiap hari bagi membantu menyesuaikan diri dengan suhu pejabat yang lebih tinggi.
Langkah penjimatan terbaharu ini dilaksanakan susulan tekanan rantaian bekalan global akibat konflik di Iran yang menyebabkan kenaikan harga arang batu dan gas asli, yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik negara.
Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, turut mengumumkan bahawa kementerian persekutuan, agensi kerajaan, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah bermula 15 April sebagai usaha mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan bekalan tenaga negara kekal mampan.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
