Berita Berita
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
KUALA LUMPUR 2 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap lima individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel menerusi platform media sosial Threads.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan tiga daripada suspek telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.
Menurut MCMC, kandungan yang disebarkan didapati tidak benar, mengelirukan serta berpotensi mencetuskan kegelisahan dalam kalangan pengguna.
“Hasil semakan mendapati pihak Buletin TV3 telah mengeluarkan penafian terhadap kandungan yang disunting menggunakan identiti visual mereka.
“Malah, kami turut menerima aduan rasmi daripada pihak Buletin TV3 bahawa kandungan tular itu bukan diterbitkan oleh mereka, sebaliknya dihasilkan oleh pihak ketiga,” menurut kenyataan itu.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial bagi menyebarkan maklumat palsu.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang sedia ada,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam.
Sebelum ini, media melaporkan Buletin TV3 menerima makluman mengenai penularan maklumat harga minyak palsu yang menggunakan logo dan identiti visualnya.
Pihaknya menegaskan tidak pernah menerbitkan maklumat seperti yang tular, walaupun pernah menghasilkan poster berkaitan harga minyak berdasarkan rujukan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:15 am
