TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah

By
|
Kongsi
image

MELAKA 2 April – Syarikat pengeluar kopi terkemuka, Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sin Sing Coffee) tampil menafikan dakwaan tular yang mengaitkan syarikat itu dengan penggunaan peralatan pembersihan tidak mematuhi piawaian halal dalam proses pengeluarannya.

Menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, syarikat tersebut menjelaskan bahawa maklumat dan gambar peralatan yang tersebar di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar dan bukan milik persekitaran kilang mereka.

Pihak pengurusan Sin Sing Coffee menegaskan bahawa syarikat itu hanya menumpukan sepenuhnya kepada pengeluaran produk kopi dan tidak menghasilkan sebarang produk biskut seperti yang didakwa dalam khabar angin tersebut.

Syarikat yang telah beroperasi selama lebih 67 tahun itu turut memberi jaminan bahawa status sijil Halal Malaysia mereka masih sah, diiktiraf, dan selaras dengan garis panduan kebersihan serta syariah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai juga disaran untuk membuat semakan rasmi melalui portal Halal Malaysia bagi mendapatkan pengesahan sahih mengenai status halal produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Melaka itu.

Sin Sing Coffee menyeru pengguna agar tidak terus menyebarkan spekulasi yang tidak disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta komited untuk terus membekalkan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan setia mereka.

+ - reset