Berita Politik
MIC akan rujuk semula akar umbi susulan perubahan kepimpinan PN - Vigneswaran
KUALA LUMPUR 2 April - Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran menegaskan sebarang keputusan melibatkan hala tuju parti itu berhubung kerjasama politik akan dirujuk semula kepada akar umbi susulan perubahan kepimpinan dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurut beliau, Majlis Tertinggi MIC telah menerima maklum balas berkaitan isu yang dibangkitkan sebelum ini, namun berpandangan keputusan terdahulu perlu dinilai semula kerana ia dibuat berdasarkan konteks kepimpinan PN ketika itu.
“Keputusan yang diambil dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) tahun lalu adalah berdasarkan kepimpinan PN pada masa itu. Kini terdapat perubahan kepimpinan, maka wajar perkara ini dibawa kembali kepada akar umbi untuk diputuskan semula,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan, MIC tidak mempunyai sebarang halangan terhadap mana-mana pihak, namun prinsip parti menuntut setiap keputusan penting mendapat persetujuan menyeluruh daripada peringkat bahagian dan negeri.
Sehubungan itu, MIC akan mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian serta badan perhubungan negeri dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang bagi mendapatkan pandangan ahli.
“Keputusan Majlis Tertinggi perlu selari dengan kehendak akar umbi. Tidak wajar ada perbezaan pendapat antara kepimpinan dan ahli di peringkat bawah,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata mandat yang diberikan oleh AGM sebelum ini adalah untuk membolehkan Majlis Tertinggi membuat keputusan berdasarkan situasi semasa dan hasil perbincangan.
Bagaimanapun, perubahan kepimpinan dalam PN, yang kini diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), memerlukan penilaian semula terhadap pendirian tersebut.
“Ini bukan soal ideologi atau pelabelan mana-mana parti, tetapi semata-mata mengambil kira perubahan kepimpinan dan keadaan semasa,” katanya.
Tegas beliau, sebarang keputusan baharu yang bakal diambil kelak perlu mendapat sokongan menyeluruh agar dapat dilaksanakan secara konsisten dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi parti. - Media Telus
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
