Berita Viral
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
Oleh AZIM SAID
Shah Alam 2 April – Tular di media sosial satu rakaman memaparkan seorang wanita dipercayai warga asing berjalan di tepi jalan sambil mendukung bayi, dipercayai bagi meraih simpati orang ramai.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menghampiri kenderaan yang berhenti di bahu jalan.
Dia dilihat menggendong seorang bayi berserta beberapa tisu untuk dijual.
Tindakan tersebut dikhuatiri dijadikan taktik untuk menarik perhatian dan belas kasihan pengguna jalan raya.
Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes seumpama ini yang dilihat semakin kerap berlaku.
“Semakin ramai, tak habis-habis.
“Bila nak diambil tindakan?” tulis seorang pengguna media sosial.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Pengguna media sosial, Nik Sue, mendesak pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera.
"Semua imigresen, tolong la angkut warga-warga asing ni, semak la," komennya.
Ada pengguna lain, muhammad_hanif_osman yang turut memberi komen bahawa warga asing merupakan barah dalam negara.
“Dekat hospital ramai puak ini beranak percuma, ambil subsidi Malaysia.
“Perangai dah lah tak semenggah, kerja malas,” katanya.
Namun, ada beberapa netizen yang turut bersimpati dengan bayi tersebut.
“Allah kawasan mana ni, kesian bayi tu,” komen hazirah_subahan.
Orang ramai berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani kegiatan ini.
Dalam masa sama, masyarakat disarankan untuk lebih berhati-hati dan menyalurkan bantuan melalui saluran yang sah bagi mengelakkan sebarang bentuk eksploitasi.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 11:07 am
Pemandu pandu terhuyung-hayang jadi punca kemalangan pengguna jalan raya lain
October 22, 2026, 9:45 am
Ahli Parlimen Sabak Bernam cakap Bahasa Jawa untuk kirim pesanan pada Prabowo tentang isu jerebu
October 21, 2026, 1:49 pm
Suami isteri tular didakwa kasari anak dalam lif
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 4:53 pm
Pemandu lori jadi saksi mat rempit jatuh tersungkur lepas seronok berlumba
October 19, 2026, 10:18 am
Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
