TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

BDR bukan 'Baring, Duduk, Rehat', KSN beri amaran penjawat awam jangan curi tulang

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 3 April – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberikan peringatan tegas bahawa pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bermula 15 April depan bukan bermaksud penjawat awam boleh 'Baring, Duduk dan Rehat' atau keluar membeli-belah.

Beliau menegaskan bahawa dasar tersebut menuntut tahap disiplin serta produktiviti yang sama tinggi seperti bekerja di pejabat dan bukannya satu tiket untuk mana-mana pihak mengambil mudah tanggungjawab yang telah amanahkan.

Pelaksanaan BDR yang bakal bermula pertengahan bulan ini perlu dipantau secara ketat oleh ketua jabatan masing-masing bagi memastikan setiap pegawai mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan lebih awal tanpa sebarang kompromi.

Menurut Shamsul Azri, setiap output dan hasil kerja yang dihasilkan melalui kaedah BDR mestilah setara dengan kehadiran fizikal memandangkan dasar ini merupakan sebahagian daripada agenda reformasi perkhidmatan awam yang mementingkan pencapaian hasil.

Langkah proaktif ini sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai salah satu strategi negara dalam mendepani krisis tenaga global serta usaha mengurangkan penggunaan bahan api susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Selain pelaksanaan BDR, kerajaan turut menggesa semua peringkat jabatan agar melakukan penjimatan drastik termasuk mengurangkan penggunaan elektrik, meminimumkan mesyuarat secara fizikal serta membatalkan lawatan ke luar negara yang tidak mendesak.

Tindakan ini dilihat sebagai langkah bersepadu bagi memastikan kemampanan bekalan tenaga negara terus terpelihara di samping mengekalkan kelangsungan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien kepada rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

+ - reset