Berita Berita
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
KUALA LUMPUR 3 April – Kerajaan disaran untuk menyemak semula dan meningkatkan peruntukan hukuman ke atas pemandu mabuk, khususnya yang mengakibatkan kemalangan maut, bagi membangkitkan rasa gerun dalam kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berpandangan bahawa hukuman sedia ada masih dianggap rendah berbanding impak kesalahan yang dilakukan, terutama apabila melibatkan kehilangan nyawa individu yang tidak bersalah.
Beliau menjelaskan bahawa kesedaran rakyat untuk mengelakkan kesalahan adakalanya perlu dipupuk menerusi peruntukan undang-undang yang setimpal dan berat supaya pesalah tidak menganggap denda tersebut sebagai sesuatu yang mampu dibayar atau boleh mendapatkan diskaun.
"Mungkin kementerian yang berkenaan kena tengok pada akta dia, boleh bawa ke Parlimen dan minta pindaan setimpal, hukuman yang lebih berat. Pada saya, rakyat Malaysia kena tengok hukuman itu (berat), baru dia rasa gerun," katanya selepas menghadiri Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Komanwel (CLEA) 2026, hari ini.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) ketika ini, pesalah yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan pertama.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut melaporkan bahawa kementeriannya sedang merangka cadangan pindaan Seksyen 44 Akta 333 bagi mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain daripada hukuman penjara sedia ada.
Gesaan ini hadir susulan kes terbaharu melibatkan seorang pembantu makmal berusia 28 tahun yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang penunggang motosikal di Klang pada Ahad lalu, selepas disahkan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Tertuduh dalam kes tersebut tidak dituduh mengikut Akta Pengangkutan Jalan, sebaliknya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:03 pm
BDR mampu jimat subsidi petrol RM169 juta sebulan, kurangkan 4.51 juta liter penggunaan harian
April 3, 2026, 11:57 am
Ketua Pengarah JAS, Timbalan mengaku tidak bersalah terima rasuah kes e-waste
April 3, 2026, 11:52 am
MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu harga bahan api, tarif elektrik
April 3, 2026, 11:49 am
Kerajaan kaji keperluan industri media WFH dalam masa terdekat - Fahmi
April 3, 2026, 11:41 am
