Berita Berita
Ketua Pengarah JAS, Timbalan mengaku tidak bersalah terima rasuah kes e-waste
KUALA LUMPUR 3 April – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Timbalannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berhubung siasatan kes pengurusan sisa elektronik (e-waste).
Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, 59, dan Timbalannya, Norhazni Mat Sari, 59, membuat pengakuan itu di dua bilik mahkamah berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin dan Hakim Azura Alwi.
Wan Abdul Latiff didakwa menerima wang tunai berjumlah RM100,000 pada 15 Januari lalu sebagai upah bagi mempertimbangkan rayuan pengecualian penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) membabitkan projek jalan berkembar Bukit Kukus serta kerja tanah mitigasi.
Pertuduhan terhadap beliau dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Wan Abdul Latiff dijamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan yang ditetapkan pada 7 Mei depan selesai.
Sementara itu, Norhazni pula berhadapan dengan enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM21,000 daripada seorang pengarah syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya antara 18 April 2022 hingga 19 Julai 2024.
Kesemua pertuduhan terhadap beliau dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Hakim Azura membenarkan Norhazni dijamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya pasport diserahkan kepada mahkamah, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Mei depan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
April 3, 2026, 12:03 pm
BDR mampu jimat subsidi petrol RM169 juta sebulan, kurangkan 4.51 juta liter penggunaan harian
April 3, 2026, 11:52 am
MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu harga bahan api, tarif elektrik
April 3, 2026, 11:49 am
Kerajaan kaji keperluan industri media WFH dalam masa terdekat - Fahmi
April 3, 2026, 11:41 am
