Berita Berita
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
IPOH 3 April – Kerajaan menegaskan bahawa subsidi bahan api dan bantuan sara hidup yang diberikan kepada golongan nelayan ketika ini adalah memadai serta tidak wajar dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, nelayan pada masa ini masih menikmati harga diesel subsidi pada kadar RM1.65 seliter bagi Zon A, B, dan C, selain menerima elaun sara hidup serta insentif hasil tangkapan.
Beliau menjelaskan bahawa komitmen besar kerajaan melalui peruntukan kuota 70 juta liter diesel sebulan merupakan pelaburan yang mencecah nilai bilion ringgit bagi memastikan produktiviti sektor perikanan negara terus berkembang.
"Jumlah subsidi ini bukan kecil, ia mencecah lebih satu bilion ringgit. Dakwaan nelayan merungut itu tidak tepat kerana mereka masih menikmati subsidi, malah sumber ikan di laut ketika ini juga dilaporkan sedang melimpah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Jualan Ikan Murah sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2026 Perak di Meru Raya, hari ini yang turut dihadiri Pengarah LKIM Perak, Ahmad Zulkifli Ismail.
Muhammad Faiz turut memperincikan bahawa subsidi yang disalurkan bertujuan membantu menampung sebahagian kos operasi dan bukannya keseluruhan perbelanjaan nelayan, termasuk penetapan had penggunaan petrol maksimum 50 liter sehari bagi setiap individu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan situasi lambakan bekalan ikan akibat faktor musim ketika ini telah membantu menstabilkan harga pasaran sekali gus memastikan sekuriti makanan laut untuk rakyat sentiasa mencukupi.
Menerusi program jualan murah tersebut, kira-kira satu tan metrik hasil laut merangkumi pelbagai spesies seperti bawal emas, kembung dan udang ditawarkan pada harga rendah, malah hasil ternakan seperti kerang turut diberikan secara percuma kepada pengunjung bertuah.
Program Madani Rakyat 2026 peringkat negeri Perak yang berlangsung sehingga Ahad ini menyediakan pelbagai inisiatif dan jualan barangan keperluan pada harga mampu milik bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
April 3, 2026, 12:03 pm
BDR mampu jimat subsidi petrol RM169 juta sebulan, kurangkan 4.51 juta liter penggunaan harian
April 3, 2026, 11:57 am
Ketua Pengarah JAS, Timbalan mengaku tidak bersalah terima rasuah kes e-waste
April 3, 2026, 11:52 am
MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu harga bahan api, tarif elektrik
April 3, 2026, 11:49 am
