Berita Berita
BDR mampu jimat subsidi petrol RM169 juta sebulan, kurangkan 4.51 juta liter penggunaan harian
PETALING JAYA 3 April – Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) melibatkan hanya separuh daripada tenaga kerja di Lembah Klang dianggarkan mampu menjimatkan kira-kira RM169 juta sebulan daripada perbelanjaan subsidi bahan api kerajaan.
Kumpulan pencinta alam sekitar, RimbaWatch menerusi satu kenyataan hari ini menjelaskan, berdasarkan data penyelidikan, kira-kira 2.04 juta daripada 4.08 juta pekerja di Lembah Klang dijangka tidak lagi menggunakan jalan raya sekiranya dasar ini dilaksanakan secara menyeluruh.
Langkah tersebut dijangka dapat mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 4.51 juta liter sehari, atau bersamaan dengan 90.2 juta liter sebulan bagi kawasan tumpuan ekonomi berkenaan sahaja.
"Berdasarkan bil subsidi semasa sebanyak RM1.88 bagi setiap liter, ini akan diterjemahkan kepada penjimatan subsidi bahan api sebanyak RM169 juta sebulan atau RM2.03 bilion setahun sekiranya krisis geopolitik berterusan," menurut kenyataan itu.
RimbaWatch turut mengunjurkan bahawa memandangkan tenaga kerja di Lembah Klang hanya mewakili 23 peratus daripada keseluruhan pekerja di Malaysia, pelaksanaan BDR di peringkat kebangsaan berpotensi menjimatkan sehingga RM1 bilion sebulan.
Dasar BDR bagi sektor awam, badan berkanun, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijadualkan bermula 15 April ini, manakala firma swasta turut digalakkan mengambil langkah serupa susulan lonjakan harga minyak mentah Brent yang kini melepasi AS$100 setong akibat konflik di Asia Barat.
Ketika ini, Putrajaya mengekalkan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter di bawah skim BUDI95, namun telah mengurangkan kuota subsidi bulanan daripada 300 liter kepada 200 liter bermula 1 April lalu bagi mengimbangi tekanan kos.
Selain faktor ekonomi, RimbaWatch menekankan bahawa pengurangan aktiviti berulang-alik ke tempat kerja akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta merendahkan pelepasan karbon negara secara signifikan.
Kumpulan itu turut menggesa kerajaan agar melaksanakan reformasi jangka panjang melalui pelaburan lebih besar dalam pengangkutan awam dan mula mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil demi keselamatan tenaga masa hadapan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
April 3, 2026, 11:57 am
Ketua Pengarah JAS, Timbalan mengaku tidak bersalah terima rasuah kes e-waste
April 3, 2026, 11:52 am
MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu harga bahan api, tarif elektrik
April 3, 2026, 11:49 am
Kerajaan kaji keperluan industri media WFH dalam masa terdekat - Fahmi
April 3, 2026, 11:41 am
