Berita Berita
Persatuan peniaga jangka harga makanan bakal naik 50 peratus, KPDN pula sahkan harga makanan masih terkawal
KUALA LUMPUR 3 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan setakat ini tiada laporan berhubung kenaikan harga secara mendadak di pasaran, dengan harga makanan masih berada dalam keadaan terkawal.
Timbalan Menteri, Fuziah Salleh berkata, kementerian sentiasa memantau rapi perkembangan harga barang dan perkhidmatan bagi memastikan pengguna tidak terbeban.
“Kita faham faktor geopolitik global yang memberi kesan kepada kos di seluruh dunia, namun kementerian sentiasa peka dan memantau harga setiap hari bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Bangi, hari ini.
Menurutnya, KPDN turut menjalankan libat urus berterusan dengan pemain industri bagi mendapatkan maklum balas berkaitan situasi semasa pasaran.
Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia memaklumkan pengusaha restoran berdepan kenaikan kos operasi antara 10 hingga 30 peratus susulan tekanan ekonomi global.
Selain itu, Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia menjangkakan harga makanan berpotensi meningkat sehingga 50 peratus berikutan kenaikan kos minyak dan operasi.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
April 3, 2026, 12:03 pm
