Berita Berita
'Pak guard' maut dipercayai dipukul selepas tegur lelaki minum ketika buat rondaan di Klang
KLANG 5 April - Seorang pengawal keselamatan maut selepas dipercayai diserang menggunakan objek tumpul dalam satu kejadian di pondok keselamatan sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun dilaporkan sedang melakukan rondaan sebelum menegur seorang lelaki yang sedang minum bersama rakan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, teguran tersebut bagaimanapun mencetuskan salah faham antara mangsa dan suspek.
“Perselisihan itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan sehingga mangsa diserang menggunakan objek tumpul.
“Mangsa yang mengalami kecederaan akibat serangan fizikal telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 4.18 pagi ketika menerima rawatan.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an kira-kira jam 10 pagi di Bukit Raja bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas sebatang besi pengunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau jenayah serta dua rekod berkaitan dadah,” ujarnya.
Tambah beliau, suspek yang merupakan penyelia pembinaan kini direman bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 10:35 pm
Bekas Pelajar UM juara Kejohanan Catur Masjid India, puji penganjuran bertaraf tinggi
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:40 pm
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
April 5, 2026, 4:31 pm
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
