TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anak Tun Daim hadir beri keterangan di ibu pejabat SPRM

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 6 April - Seorang anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin, hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Isnin bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Individu berkenaan, Asnida Daim, dilihat tiba kira-kira jam 9.50 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), diiringi dua peguam yang dipercayai mewakilinya.

Sebelum ini, pada 27 Februari lalu, SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak tokoh politik tersebut iaitu Asnida, Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin bagi membantu siasatan.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin dilaporkan berkata, pihak peguam telah memberi jaminan bahawa kesemua individu terbabit akan hadir ke pejabat SPRM pada 6 April untuk dirakam keterangan.

Menurut SPRM, siasatan yang dikenali sebagai Op Godfather itu dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam masa sama, SPRM menjelaskan bahawa Notis Kesan Individu yang dikeluarkan terhadap keempat-empat individu berkenaan bukan merupakan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.

Sebaliknya, ia adalah prosedur bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.

+ - reset