TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu 'litar' LTSIP: Anthony Loke arah sita motosikal, sifatkan tindakan mat rempit sebagai sabotaj

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 6 April – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengecam sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 'Mat Rempit' yang menjadikan kawasan balai berlepas terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sebagai litar lumba haram, menyifatkan perbuatan itu sebagai memalukan dan tidak bertanggungjawab.

Susulan kejadian yang tular di media sosial itu, beliau telah mengarahkan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan untuk menjalankan operasi besar-besaran di kawasan berkenaan dengan kadar segera.

Beliau memberi amaran tegas bahawa mana-mana individu yang berani berlumba di hadapan terminal tersebut akan berhadapan dengan tindakan penyitaan motosikal.

"Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaik taraf LTSIP bagi meningkatkan kualiti perjalanan udara dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini.

"Tingkah laku Mat Rempit di hadapan balai berlepas terminal baharu ini bukan sahaja membahayakan orang awam, malah boleh disifatkan sebagai satu tindakan sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Loke turut meminta pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memperketatkan akses laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal bagi membendung gejala tersebut daripada terus berlarutan.

Terdahulu, media melaporkan terminal baharu LTSIP yang baru beroperasi sepenuhnya kurang dari sebulan telah dicemari dengan aktiviti lumba haram bermula sejak bulan Ramadan sehingga malam Jumaat lalu, berdasarkan rakaman video pengguna lapangan terbang yang tular.

+ - reset