Berita Berita
Cuai sebabkan kematian bayi Qaseh Aulia, bekas pengasuh dipenjara 5 tahun
PETALING JAYA 6 April – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang bekas pengasuh warga Indonesia, Mulyati Kalim, 54, selepas didapati bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan, tiga tahun lalu.
Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan melibatkan mangsa, Qaseh Aulia Faizul yang berusia tiga bulan ketika kejadian.
Selain hukuman penjara yang bermula hari ini, mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM5,000 serta memerintahkan tertuduh menyempurnakan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas selesai menjalani hukuman penjara.
"Mahkamah memutuskan tiada keadaan istimewa atau khas yang mewajarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dibenarkan. Oleh itu, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman serta-merta," tegas Dr. Syahliza ketika menolak rayuan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu proses rayuan di mahkamah tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, Mulyati didakwa bertindak cuai sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa di sebuah taska di Kota Damansara pada jam 9.40 pagi, 10 Oktober 2023. Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, peguam Badrul Munir Bukhari memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh merupakan pesalah pertama, memberikan kerjasama penuh dan mempunyai tanggungan keluarga termasuk suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khaire menuntut hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi yang tidak berdosa.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 3:31 pm
Menang saman fitnah, Asyraf Wajdi salur RM50,000 ganti rugi ke Wakaf MARA bantu pelajar lain
April 6, 2026, 2:37 pm
Mahkamah Rayuan benar penangguhan semakan 40 peratus hasil Sabah
April 6, 2026, 2:03 pm
Istana Johor sambut puteri sulung Tunku Ismail, cucunda ketujuh Yang di-Pertuan Agong
April 6, 2026, 1:52 pm
Koperal tentera mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas
April 6, 2026, 1:42 pm
Polis cari penuntut IKM Pekan hilang sejak 30 Mac, bapa bimbang anak gagal dikesan
April 6, 2026, 1:33 pm
PM hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar, zahir takziah buat keluarga
April 6, 2026, 1:32 pm
Perunding, bekas pengerusi kuil didakwa guna invois palsu RM50,000
April 6, 2026, 12:47 pm
