Berita Berita
Perunding, bekas pengerusi kuil didakwa guna invois palsu RM50,000
SHAH ALAM 6 April - Seorang perunding dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM50,000 bagi tuntutan perkhidmatan perundingan berkaitan kerja-kerja sebuah kuil, lima tahun lalu.
Tertuduh, M. Thiruselvam, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa dengan curang menggunakan invois palsu bagi perkhidmatan perundingan berkaitan kelulusan kerja-kerja sebuah kuil di Petaling Jaya.
Invois berjumlah RM50,000 itu didakwa diserahkan kepada setiausaha kuil berusia 64 tahun pada 22 November 2021 di premis kuil berkenaan.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, bekas pengerusi kuil, P. Selvam, 70, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat berkaitan tuntutan sama yang didakwa dilakukan pada tarikh dan lokasi serupa.
Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan Selvam diikat jamin RM15,000.
Mahkamah turut membenarkan permohonan untuk memindahkan kes berkenaan agar dibicarakan di hadapan Hakim Mohd Nasir pada tarikh sama.
Kedua-dua tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri pada minggu pertama setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi.
Tertuduh Thiruselvam diwakili peguam N. Lalitha manakala Selvam diwakili M. Segaran.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 3:31 pm
Menang saman fitnah, Asyraf Wajdi salur RM50,000 ganti rugi ke Wakaf MARA bantu pelajar lain
April 6, 2026, 2:37 pm
Mahkamah Rayuan benar penangguhan semakan 40 peratus hasil Sabah
April 6, 2026, 2:03 pm
Istana Johor sambut puteri sulung Tunku Ismail, cucunda ketujuh Yang di-Pertuan Agong
April 6, 2026, 1:52 pm
Koperal tentera mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas
April 6, 2026, 1:42 pm
Polis cari penuntut IKM Pekan hilang sejak 30 Mac, bapa bimbang anak gagal dikesan
April 6, 2026, 1:37 pm
Cuai sebabkan kematian bayi Qaseh Aulia, bekas pengasuh dipenjara 5 tahun
April 6, 2026, 1:33 pm
PM hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar, zahir takziah buat keluarga
April 6, 2026, 12:47 pm
