TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Menang saman fitnah, Asyraf Wajdi salur RM50,000 ganti rugi ke Wakaf MARA bantu pelajar lain

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 6 April - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Asyraf Wajdi Dusuki memutuskan untuk menyalurkan wang ganti rugi berjumlah RM50,000 yang diperoleh daripada kemenangan kes saman fitnah ke dalam akaun Wakaf MARA bagi membantu pelajar memerlukan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan komitmennya sebelum ini bahawa wang berkenaan tidak akan digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Seperti janji saya, setiap sen RM50,000 wang ganti rugi itu tidak akan sesekali digunakan secara peribadi, sebaliknya saya minta pengurusan MARA memasukkan wang itu apabila diterima kelak dimasukkan dalam akaun Wakaf MARA," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, beliau memaklumkan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka, Isa Aziz Ibrahim telah merekodkan Penghakiman Persetujuan melibatkan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin yang mengakui mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah terhadap beliau serta MARA.

Menurutnya, defendan turut bersetuju untuk memohon maaf secara bertulis, menarik balik dan memadamkan semua hantaran video di semua platform media sosial, selain membayar ganti rugi RM50,000.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, kes berkenaan diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan reputasi individu mahupun institusi.

+ - reset