TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ditetak hingga maut di Buntong, polis sahkan tiada unsur perkauman

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 7 April - Polis mengesahkan insiden pergaduhan yang mengakibatkan seorang lelaki maut akibat ditetak di kawasan Buntong di sini semalam berpunca daripada perselisihan antara kumpulan, dan tidak melibatkan sebarang unsur perkauman.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya dalam pada itu turut mengesahkan insiden yang berlaku di sebuah premis kedai kereta sewa itu langsung tidak berkaitan dengan elemen kaum.

Beliau berkata, penangkapan seorang lelaki, 23, iaitu suspek kes itu, turut diyakini boleh membawa kepada penahanan lebih ramai individu yang terbabit dengan kejadian itu.

"Langsung tiada kena mengena dengan kaum kerana ia memang pergaduhan antara kumpulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Seminar Pemerkasaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Kontinjen Perak Bil. 1/2026 di Dewan Bankuet Kompleks KDN Perak, di sini hari ini.

Turut hadir ke seminar yang dihadiri seramai masing-masing 150 PPS dan guru disiplin sekolah dari seluruh Perak itu adalah Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak Osman Mohamed Bahari.

Kata Noor Hisam, ketika ini dua rakan mangsa yang terbabit dalam insiden itu masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini namun stabil.

"Kita biar mereka menerima rawatan dahulu, tidak boleh untuk andaikan dua mangsa yang dirawat itu juga adalah ahli kumpulan.

"Siasatan polis akan meliputi segala sudut bagi mengetahui punca kejadian, motif dan sebagainya," katanya.

+ - reset