Berita Berita
Dakwaan bekalan minyak putus tular di Marang, Shell mohon maaf terpaksa hadkan jualan
MARANG 15 April – Isu gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak yang tular di media sosial pada Selasa dipercayai berkait rapat dengan ketidakstabilan pasaran global ketika ini.
Terdahulu, sekeping gambar yang memaparkan sebuah stesen minyak di Bukit Payong, Marang didakwa kehabisan stok mencetuskan kebimbangan orang awam mengenai kedudukan simpanan bahan api negara.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak Shell dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa situasi semasa di Asia Barat memberi kesan langsung kepada pasaran minyak dan bahan api global, termasuk aliran bekalan ke Malaysia.
Menurut kenyataan itu, walaupun pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan bekalan kekal stabil di seluruh rangkaian stesen, beberapa faktor luar kawalan terus memberi tekanan kepada operasi.
"Lonjakan permintaan buat sementara waktu serta pengurangan bekalan global berkemungkinan memerlukan pihak kami untuk mengehadkan kuantiti jualan di seluruh rangkaian runcit buat masa ini," jelas kenyataan tersebut.
Pada masa sama, pihak Shell turut memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan yang timbul susulan langkah penyelarasan bekalan berkenaan.
Bagaimanapun, difahamkan keadaan di stesen yang terlibat masih terkawal apabila kelewatan bekalan berpunca daripada lori tangki yang sedang dalam perjalanan dan bukannya penutupan operasi sepenuhnya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik, sebaliknya mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi berhubung status bekalan bahan api di kawasan masing-masing.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 10:49 am
Bot bawa hampir 280 etnik Rohinya tenggelam, puluhan dikhuatiri maut
April 15, 2026, 9:47 am
Lebih 870 peserta keracunan makanan, MCMC saman Sunway Lagoon RM1.8 juta
April 14, 2026, 5:05 pm
Dua lelaki maut selepas lori muatan ayam terbabas di Lebuhraya WCE
April 14, 2026, 4:56 pm
Lebih 200,000 Penjawat awam mula bekerja dari rumah esok
April 14, 2026, 4:48 pm
Bomba bantu keluarkan ibu jari bayi lelaki tersepit pada 'baby walker' di Klang
April 14, 2026, 4:42 pm
6 kapal milik Malaysia masih terkandas, AS digesa pertimbang semula kepungan di Selat Hormuz
April 14, 2026, 4:19 pm
