Berita Politik
Pemuda PAS kecam cadangan darurat tangguh PRN, sifatkan sebagai politik hipokrit
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 15 April – Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam sekeras-kerasnya cadangan seorang Ahli Parlimen DAP yang mengusulkan pengisytiharan darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, langkah tersebut merupakan tindakan terkebelakang yang boleh merosakkan sistem demokrasi negara.
Beliau mendakwa cadangan itu sengaja ditimbulkan untuk menyelamatkan kuasa kerajaan di kala berdepan tekanan politik, kegagalan mengurus krisis ekonomi, kenaikan kos sara hidup, serta isu bekalan dan diesel yang membelenggu rakyat.
Menurut beliau, tindakan tersebut menunjukkan wajah hipokrit pihak berkenaan kerana pernah mendesak pilihan raya diadakan ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 yang lebih kritikal suatu ketika dahulu.
Tengku Muhammad Fakhruddin menegaskan bahawa sebarang usaha menggunakan darurat tanpa ancaman keselamatan yang sebenar adalah satu pencabulan terhadap prinsip demokrasi dan penghinaan kepada hak rakyat untuk memilih kerajaan.
Beliau turut menambah bahawa rakyat kini bijak menilai perbezaan antara keperluan keselamatan negara dengan taktik politik bagi menyelamatkan kedudukan yang semakin rapuh.
Tegas beliau, demokrasi tidak seharusnya dipertahankan hanya apabila ia menguntungkan satu-satu pihak, sebaliknya perlu dihormati bagi membolehkan rakyat menentukan masa depan negeri masing-masing.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
