TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Eropah sahkan bekalan api jet hanya cukup untuk enam minggu - IEA

By
|
Kongsi
image

 

LONDON 17 April – Eropah berdepan risiko kekurangan bahan api jet dalam tempoh terdekat apabila International Energy Agency (IEA) memberi amaran benua itu mungkin hanya mempunyai “sekitar enam minggu untuk bekalan bahan api jet lagi”.

Stok itu dijangka mencapai titik kritikal menjelang Jun sekiranya Eropah gagal menggantikan sekurang-kurangnya separuh daripada importnya dari Asia Barat.

Situasi itu berpunca daripada gangguan di Selat Hormuz, laluan utama penghantaran bahan api jet dari rantau Teluk, yang telah ditutup secara berkesan oleh Iran selama lebih enam minggu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel. Keadaan itu menyebabkan harga melonjak serta mencetuskan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan.

Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol berkata, pembatalan penerbangan mungkin berlaku dalam masa terdekat sekiranya gangguan bekalan berterusan.

Dalam laporan pasaran minyak bulanan, IEA yang memberi nasihat kepada 32 negara anggota mengenai keselamatan tenaga memaklumkan eksport dari rantau Teluk merupakan sumber terbesar bahan api jet kepada pasaran global.

Kilang penapisan di negara pengeksport utama lain seperti Korea Selatan, India dan China juga sangat bergantung kepada import minyak mentah dari Asia Barat.

Akibatnya, krisis ini “telah mengganggu secara serius operasi pasaran bahan api penerbangan,” menurut laporan itu.

Jurucakap kerajaan United Kingdom memberitahu BBC bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pembekal bahan api dan syarikat penerbangan bagi “memastikan pergerakan rakyat tidak terjejas dan perniagaan terus disokong”.

+ - reset