Berita Berita
Kenaikan kos bahan api, KLM batal 160 penerbangan bulan depan
LONDON 17 April - Syarikat penerbangan Belanda, Royal Dutch Airlines KLM pada Khamis memaklumkan ia akan membatalkan 160 penerbangan di Eropah bulan depan susulan kenaikan kos bahan api, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, KLM menjelaskan syarikat itu membuat beberapa pelarasan terhadap jadual penerbangannya bagi bulan hadapan.
"Ini membabitkan sejumlah kecil penerbangan dalam Eropah yang pada masa ini tidak lagi berdaya maju dari segi kewangan untuk diteruskan berikutan kenaikan kos," menurut kenyataan itu.
Menurut syarikat penerbangan itu, tiada kekurangan bahan api jet, dan pembatalan itu membabitkan 80 penerbangan pergi balik ke dan dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda, bersamaan kurang daripada satu peratus operasi Eropahnya bagi tempoh berkenaan.
KLM menjangkakan pergerakan penumpang sempena cuti Mei akan meningkat dan sedang mengambil langkah bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi masing-masing seperti yang dijadualkan.
Ketegangan yang semakin memuncak susulan konflik di Iran meningkatkan kos operasi syarikat penerbangan di seluruh dunia, dengan beberapa syarikat penerbangan kebelakangan ini mengumumkan pembatalan penerbangan dan pelarasan jadual.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 11:20 am
Pemandu ugut bakar kenderaan selepas kantoi cukai jalan tamat 8 tahun
April 17, 2026, 10:50 am
Remaja maut kereta bertembung lori di Jalan Kota Tinggi-Kluang
April 17, 2026, 10:36 am
MCW puji kerjasama SPRM-Lembaga Seni Visual pelihara karya seni 1MDB
April 17, 2026, 10:32 am
JKM Pulau Pinang kesan ibu kandung Amanda Mikayla
April 17, 2026, 9:39 am
Eropah sahkan bekalan api jet hanya cukup untuk enam minggu - IEA
April 16, 2026, 11:17 pm
