TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JKM Pulau Pinang kesan ibu kandung Amanda Mikayla

By
|
Kongsi
image

KEPALA BATAS 17 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang kini sedang giat mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Seberang Perai Utara, Norpatin Bakar memaklumkan bahawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Amanda Mikayla Abdullah itu telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang penjaga, Layla Yamna Abdul Hajar, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Hasil siasatan awal mendapati ibu kandung kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Nurul Izzati Mohamad A’sri, 29, yang mempunyai alamat terakhir di Yan, Kedah serta dipercayai bekerja di sekitar Pulau Pinang.

Sehingga kini, wanita berkenaan gagal dihubungi dan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa bagi urusan penjagaan kanak-kanak tersebut.

Norpatin menjelaskan bahawa permohonan pengecualian di bawah Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan bagi membolehkan hebahan media dilakukan untuk menjejaki waris yang sah.

Pihak JKM memohon kerjasama orang ramai atau waris yang mempunyai maklumat berkaitan supaya segera tampil membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Norpatin di talian 04-5758715 atau 04-5758716, atau melalui e-mel di norpatin@jkm.gov.my.

+ - reset