Berita Berita
Remaja maut kereta bertembung lori di Jalan Kota Tinggi-Kluang
KOTA TINGGI 17 April – Seorang remaja berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 42 Jalan Kota Tinggi-Kluang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman mengesahkan mangsa, Muhammad Khairil Amirin Nariman, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, tangan, kaki dan badan.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dari arah Kluang menghala ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Tindakan itu menyebabkan kenderaan mangsa melanggar tayar hadapan sebelah kanan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.
Pemandu lori berkenaan turut dihantar ke hospital yang sama bagi mendapatkan rawatan, manakala mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik untuk prosedur siasatan lanjut.
Pihak polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 11:20 am
Pemandu ugut bakar kenderaan selepas kantoi cukai jalan tamat 8 tahun
April 17, 2026, 10:36 am
MCW puji kerjasama SPRM-Lembaga Seni Visual pelihara karya seni 1MDB
April 17, 2026, 10:32 am
JKM Pulau Pinang kesan ibu kandung Amanda Mikayla
April 17, 2026, 10:25 am
Kenaikan kos bahan api, KLM batal 160 penerbangan bulan depan
April 17, 2026, 9:39 am
Eropah sahkan bekalan api jet hanya cukup untuk enam minggu - IEA
April 16, 2026, 11:17 pm
