TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ingatkan kena denda sahaja, 33 lelaki tercengang dihukum 10 bulan penjara kes rusuhan pusat hiburan di Cheras

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 April – Seramai 33 lelaki yang sebelum ini hanya dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret kini berdepan hukuman lebih berat apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap mereka atas kesalahan merusuh dan memiliki pelbagai senjata.

Hakim, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah rendah sebelum ini.

Semua mereka diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula Selasa.

Mereka ialah Tan Chee Chin, G Bathmanathan, M Kogilan, Lim Puay Fei, Kevin Yong Kai Wen, Ong Zhi Jian, Looi Khai Xuan, Voison Chor, Tan Jun Ning, Hee Tuck Choy, Ching Thong Hai, Kee Jin Xuan, Lim Teong Yow, Chan Kuang Man dan Ho Chee Seong.

Wong Chee Siong, Liang Chung Weng, G Srikanth, Lee Ming Choong, Wong Wai Khuen, Khor Ka Lok, Ong Zheng Yuan, Yam Hao Jie, Lim Jia Cheng, Chai Chun You, Kher Kuan Heng, Ong Aik Chim, Chong Khai Jun, Hadzrin Julasrin, Lee Tuck Wah dan Chin Chin Chung serta dua lagi tertuduh berusia 19 tahun, Alvin Yong Kai Zhe dan Chong Yu Heng.

Seorang lagi tertuduh, mahkamah mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap A. Ganesan kerana gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding semakan hukuman tersebut.

Pada 10 April lalu, media melaporkan seramai 32 lelaki yang tular dalam insiden rusuhan membabitkan sebuah lori yang merempuh pagar sebuah pusat hiburan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Semua lelaki berusia antara 21 hingga 57 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan merusuh dan memiliki pelbagai senjata di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan.

Sementara itu, dua lagi tertuduh muda berusia 19 tahun tersebut didenda RM2,000 atau penjara selama tiga bulan bagi pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa hadir dan menyertai rusuhan serta memiliki senjata api, peluru, bahan letupan atau bahan lecur, kayu dan batu yang boleh mencederakan serta digunakan untuk menyerang.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pusat hiburan di Cheras pada jam 7.30 petang, 5 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

+ - reset