Berita Berita
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
KUALA LUMPUR 21 April – Seorang wanita berusia 42 tahun dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM13,000 oleh Mahkamah Trafik hari ini selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, selain hukuman penjara dan denda, mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.
Insiden yang berlaku pada jam 8.22 malam Isnin itu melibatkan sebuah kereta BMW X1 dipandu tertuduh yang bertindak melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Genting Klang. Tindakan melulu itu menyebabkan kenderaannya merempuh sebuah motosikal Yamaha LC135 yang sedang bergerak lurus di laluan lampu hijau.
Akibat rempuhan tersebut, penunggang motosikal berusia 22 tahun mengalami kecederaan bengkak di lutut kanan, manakala pembonceng remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujian alkohol yang dijalankan mendapati kandungan alkohol dalam badan wanita itu mencecah 183 miligram/100 mililiter, jauh melebihi had yang dibenarkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak polis turut menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) akta sama dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan untuk menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S Lee bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:51 pm
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
Polis pijak kepala orang awam: 'Jangan hukum dengan lihat video pendek sahaja' - Saifuddin
April 21, 2026, 11:29 am
Suri rumah direman, polis jumpa lima laras senjata api termasuk M16 di rumah
April 21, 2026, 11:08 am
