TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran

By
|
Kongsi
image

KULIM 21 April – Anggota polis yang terlibat dalam insiden penangkapan tular di sebuah kedai aksesori motosikal semalam, telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu hasil siasatan dalaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng memaklumkan, tindakan itu diambil bagi membolehkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menjalankan siasatan terperinci mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika tangkapan dilakukan.

Dalam pada itu, suspek lelaki berusia 32 tahun yang ditahan dalam kejadian tersebut kini direman selama tiga hari sehingga Khamis ini. Reman berkenaan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Racun, Akta Dadah Berbahaya, dan Akta Pengangkutan Jalan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 29 saat tular memaparkan anggota polis menarik suspek daripada motosikal sebelum berlaku kekasaran. Siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif dengan menendang motosikal polis dan menunggang secara melulu melawan arus sebelum berjaya dikesan di Jalan Tunku Putra.

Pihak polis turut mengesahkan penemuan dua bungkus plastik berisi air ketum bersama suspek, manakala ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine. Pihak polis memberi jaminan siasatan telus akan dijalankan terhadap anggota yang terlibat bagi memastikan integriti pasukan sentiasa terjaga.

+ - reset