TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil

By
|
Kongsi
image

DENGKIL 21 April – Seorang pejalan kaki warga asing berusia lingkungan 60-an maut selepas dirempuh sebuah lori dalam kemalangan ngeri di Jalan Baru, Dengkil, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian pada jam 8.46 malam itu membabitkan sebuah lori jenis Isuzu yang sedang dalam perjalanan dari arah Air Hitam menghala ke Dengkil.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu lori tidak sempat membrek atau mengelak. Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terperosok dan tersepit di bawah kenderaan berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu lori tempatan berusia lingkungan 40-an itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-5588221 atau balai polis berhampiran.

+ - reset