Berita Berita
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
PUTRAJAYA 21 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak akan memberikan dokumen pengenalan diri secara sembarangan kepada 9,007 mangsa yang terjejas dalam kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan, Ahad lalu.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak kementerian sedang menunggu proses pendaftaran mangsa selesai dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebelum sebarang tindakan susulan diambil mengikut merit kes masing-masing.
Beliau menjelaskan bahawa proses penggantian dokumen akan dipermudahkan bagi individu yang sah berstatus warganegara tetapi kehilangan dokumen akibat bencana tersebut. Walau bagaimanapun, bagi kes individu yang dikesan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sejak awal, pihak KDN akan menanganinya secara berperingkat berdasarkan kelayakan undang-undang.
"Kita tidak boleh buat satu kenyataan umum. Soal pemilikan dokumen peribadi ini sangat penting, tetapi pada masa yang sama, ia tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan kepada mereka yang tidak layak memilikinya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Saifuddin menyaksikan majlis menandatangani kontrak perolehan Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama syarikat Desan Shipyard.
Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, kira-kira 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia musnah dijilat api, menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat berteduh. Kerajaan pusat dan negeri kini sedang menggembleng tenaga bagi memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa yang terlibat.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 4:01 pm
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
Polis pijak kepala orang awam: 'Jangan hukum dengan lihat video pendek sahaja' - Saifuddin
April 21, 2026, 11:29 am
Suri rumah direman, polis jumpa lima laras senjata api termasuk M16 di rumah
April 21, 2026, 11:08 am
