Berita Politik
UMNO terima semula KJ, Hishammuddin dan 6,000 ahli tanpa syarat
MELAKA 18 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersetuju untuk menerima kembali mana-mana bekas ahli yang pernah digantung, dipecat, atau keluar parti sebelum ini tanpa mengenakan sebarang syarat.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MKT yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi sebagai menyokong gagasan "Rumah Bangsa" yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Antara nama besar yang terlibat dalam keputusan permohonan kemasukan semula ini termasuklah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, dan Tan Sri Syed Hamid Albar, selain melibatkan 6,252 bekas pimpinan serta ahli dari peringkat bahagian dan cawangan di seluruh negara.
Seiring dengan itu, UMNO turut meminda peraturan keahlian bagi membolehkan pendaftaran ahli baharu dibuat secara dalam talian sepenuhnya bagi memudahkan kemasukan golongan muda ke dalam parti tersebut.
Dalam pada itu, MKT menyarankan agar kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO seperti Johor, Melaka, Perak, dan Pahang memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan tambahan kepada rakyat bagi mendepani cabaran kos sara hidup dan inflasi global.
Bagi meraikan sejarah parti, sambutan ulang tahun ke-80 UMNO dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei 2026 di WTC Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian seperti Konvensyen 80 Tahun UMNO dan Kongres Pendidikan Bumiputera.
MKT juga memberikan kebenaran kepada sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid bagi tahun yang tidak melibatkan pemilihan parti demi kelancaran pengurusan organisasi.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
