Berita Politik
KJ kembali ke pangkuan UMNO tanpa tuntutan, tekad pulihkan keyakinan rakyat
KUALA LUMPUR 18 April – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan rasa syukur dan rendah diri selepas diterima semula sebagai ahli UMNO tanpa sebarang syarat, susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu semalam.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini, Khairy menyifatkan tempoh beliau berada di luar parti sebelum ini sebagai ruang penting untuk bermuhasabah serta memperbaiki kelemahan diri bagi menghadapi fasa perjuangan seterusnya.
Beliau turut menegaskan bahawa kepulangannya kali ini tidak disertakan dengan sebarang tuntutan jawatan, sebaliknya membawa tekad untuk menyumbang kepada kekuatan parti dan bekerjasama dengan semua peringkat kepimpinan demi memulihkan kepercayaan rakyat.
"Saya kembali bukan dengan sebarang tuntutan tetapi dengan tekad untuk berkhidmat. Saya bersedia untuk bekerjasama dengan kepimpinan dan akar umbi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti," katanya.
Khairy turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, serta seluruh ahli MKT atas kebijaksanaan dan pertimbangan yang diberikan dalam menerima kembali permohonan beliau.
Beliau berharap perkembangan baharu ini menjadi titik permulaan untuk UMNO melangkah ke hadapan dengan imej yang lebih bersatu, matang, dan berwibawa.
Keputusan MKT itu turut menyaksikan kepulangan beberapa tokoh besar lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar, selain lebih 6,000 bekas pimpinan serta ahli di peringkat akar umbi seluruh negara melalui gagasan "Rumah Bangsa".
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
