TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar lulus segera bantuan RM500,000 baiki sekolah agama terbakar di Bachok

By
|
Kongsi
image

PASIR PUTEH 18 April – Kerajaan Madani meluluskan bantuan segera berjumlah RM500,000 kepada Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Bachok bagi membaik pulih kerosakan prasarana sekolah tersebut yang musnah dalam kebakaran pada 12 April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Masjid Mukim Gong Chapa Temila menyatakan rasa dukacita atas insiden yang mengakibatkan tiga blok bangunan sekolah berkenaan musnah dan terjejas teruk.

Beliau memaklumkan bahawa keputusan menyalurkan peruntukan setengah juta ringgit itu dibuat selepas menerima surat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berhubung kejadian malang tersebut.

Sambil berseloroh mengenai hubungan akrabnya dengan kepimpinan negeri, Anwar menegaskan bahawa kelulusan segera itu merupakan komitmen kerajaan persekutuan dalam menjaga kebajikan institusi pendidikan termasuk di negeri Kelantan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bagi menyaksikan pengumuman bantuan berkenaan kepada pihak pentadbiran sekolah.

+ - reset