TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

ADUN Sentosa puji Pakej Daya Tahan RM131 juta, langkah proaktif perkukuh ekonomi Selangor

By
|
Kongsi
image

 

 

 

KUALA LUMPUR, 17 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George menyambut baik pengumuman Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor berjumlah RM131 juta yang disifatkan sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh ekonomi negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta pentadbiran kerajaan negeri atas inisiatif berkenaan yang dilihat mampu menangani cabaran semasa termasuk ketidaktentuan ekonomi global, krisis bekalan tenaga dan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Menurutnya, pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah pakej itu seperti Jelajah Ehsan Rahmah, Gudang Makanan Selangor, Baucar Kita Selangor, subsidi pengangkutan awam, bantuan sarapan percuma kepada pelajar serta sokongan kepada sektor pertanian membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, inisiatif berkenaan memberi tumpuan khusus kepada golongan B40, petani, nelayan serta usahawan kecil yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Sebagai wakil rakyat kawasan Sentosa, beliau menegaskan sokongan penuh terhadap pelaksanaan pakej tersebut yang diyakini mampu memberi impak positif kepada penduduk setempat selain merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu, Gunaraj berkata, pihaknya komited memastikan maklumat berkaitan pelaksanaan pakej yang dijadual bermula Jun 2026 disampaikan secara menyeluruh kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau turut menegaskan usaha berterusan akan digerakkan bagi memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima manfaat disediakan kerajaan negeri.

Selain itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan pertubuhan setempat agar bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan inisiatif berkenaan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negeri.

Menurutnya, kepimpinan yang prihatin, responsif dan berpandangan jauh amat penting bagi memastikan Selangor terus kekal sebagai negeri yang maju, inklusif dan sejahtera.

Beliau sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Amirudin serta seluruh pentadbiran kerajaan negeri atas komitmen berterusan dalam membela nasib rakyat.

+ - reset