TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu teater 'soft porn' tular, UM akan ambil tindakan terhadap pelajar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 April – Universiti Malaya (UM) mengesahkan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat dalam satu persembahan teater yang didakwa berunsur lucah atau 'soft porn' sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima laporan mengenai insiden tersebut yang dipercayai berlaku akibat kekhilafan pelajar dalam menonjolkan elemen seni tanpa menghiraukan sensitiviti budaya.

Beliau menekankan bahawa walaupun kreativiti anak muda perlu digalakkan, setiap karya yang dihasilkan mestilah selari dengan nilai ketimuran dan norma masyarakat, manakala pihak universiti berperanan penting dalam membimbing pelajar agar lebih peka terhadap batasan dalam berkarya.

Siasatan awal pihak UM mendapati persembahan teater berkenaan telah menyimpang daripada skrip asal yang telah melalui proses tapisan selain melanggar syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur universiti.

Pihak universiti turut menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar garis panduan program atau peraturan universiti bagi memastikan imej institusi pendidikan tinggi sentiasa terpelihara daripada sebarang kontroversi negatif.

Isu tersebut mula mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas rakaman adegan tidak bersesuaian dalam persembahan teater di sebuah dewan universiti itu tersebar luas, sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak.

+ - reset