Berita Berita
MARA perkenal ‘Peace of Mind’, kaunseling khas bantu peminjam tangani tekanan kewangan - Asyraf
KUALA LUMPUR 22 April - Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal memperkenalkan sesi kaunseling khas dikenali ‘Peace of Mind’ sempena Kemuncak Sambutan Karnival 60 Tahun agensi itu bagi membantu peminjam serta usahawan yang berdepan tekanan kewangan.
Kemuncak Sambutan Karnival 60 Tahun MARA akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei depan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sesi khas yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu memberi peluang kepada pihaknya berbincang mengenai penstrukturan semula pembayaran serta penyelesaian kewangan yang bersesuaian kepada peminjam dan usahawan.
Asyraf berkata, sepanjang karnival berlangsung, orang ramai turut disajikan dengan lebih 100 program menarik merangkumi pelbagai skala, termasuk karnival pendidikan yang dijangka menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung.
Karnival juga membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai laluan pendidikan, selain memberi ruang kepada pelajar dari pelbagai latar belakang untuk meneroka peluang yang ditawarkan oleh MARA.
Selain itu, katanya, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) turut dijemput menyertai pameran bagi menawarkan program pengajian masing-masing kepada pelajar.
“Dalam masa sama, karnival keusahawanan akan mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan keluaran usahawan MARA, sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan bumiputera.
“Karnival makanan yang menghimpunkan pelbagai juadah akan turut diadakan, dengan pembabitan pempengaruh terkenal dalam industri kulinari.
“Program ini diharap dapat mendekatkan masyarakat dengan ekosistem MARA, di samping membuka lebih banyak peluang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan diri kepada generasi muda,” katanya pada sidang media sempena Majlis Peluncuran Pidato Piala Pengerusi MARA 2026, di sini, hari ini.
Kemuncak sambutan itu dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Berita berkaitan
April 22, 2026, 5:55 pm
ADUN DAP mohon penternakan babi dibenarkan semula di Selangor
April 22, 2026, 5:49 pm
Rafizi nafi tidak konsisten, tegaskan pernah bantah kontrak Bestinet secara bertulis
April 22, 2026, 5:39 pm
Program BDR catat penjimatan bahan api RM678,000 babit 155,000 penjawat awam
April 22, 2026, 5:31 pm
Zakat Selangor nafi terlibat penyelewengan dana NGO RM230 juta
April 22, 2026, 5:27 pm
Penyelewengan dana NGO: MAIWP nafi kaitan rasmi, tegaskan integriti pengurusan zakat
April 22, 2026, 5:21 pm
GEG: Khairy kesal pengaruh industri tembakau punca Malaysia gagal ikut jejak Britain
April 22, 2026, 5:15 pm
Polis nafi minta sumbangan kewangan melalui WhatsApp
April 22, 2026, 4:54 pm
Skandal dana NGO RM230 juta, SPRM sahkan tidak libat wang zakat
April 22, 2026, 2:53 pm
Lelaki dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga ditemukan maut di R&R Kuantan
April 22, 2026, 2:48 pm
