TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dewan Ulamak PAS kesal program kartun didakwa selit unsur LGBT ditayangkan semula

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 22 April – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyuarakan kekesalan terhadap tayangan sebuah program kartun di saluran televisyen milik kerajaan yang didakwa mengandungi unsur berkaitan LGBT meskipun perkara tersebut pernah menerima bantahan sebelum ini.

Ketua DUPP Datuk Ahmad Yahya mempersoalkan tahap tapisan kandungan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dan penerbit rancangan memandangkan kejadian melibatkan judul "Cleopatra in the Space" itu merupakan insiden berulang selepas isu serupa melanda siri "Santiago of the Seas" pada tahun lalu.

Beliau menegaskan bahawa penyebaran ideologi sedemikian kini dikesan menggunakan strategi jarum halus melalui watak sokongan dalam rancangan kanak-kanak antarabangsa bagi membentuk naratif tertentu yang tidak selari dengan norma masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu DUPP menggesa kerajaan agar melakukan penilaian semula serta melaksanakan proses tapisan yang lebih ketat terhadap semua kandungan animasi import bagi memastikan tiada elemen sensitif yang boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda disiarkan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak bersikap sambil lewa dalam isu tersebut kerana kajian menunjukkan penggunaan karakter sedemikian dilakukan secara berterusan sebagai sebahagian daripada agenda penyebaran ideologi LGBT secara besar-besaran di peringkat global.

+ - reset