TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 13 tahun maut terjatuh tingkat 16 kondominium di Tanjung Tokong

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 21 April – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong, petang semalam.

Mayat mangsa warga tempatan itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di kawasan tingkat lapan blok perumahan berkenaan kira-kira jam 6.45 petang sebelum laporan polis dibuat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake memaklumkan bahawa hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati insiden tersebut berlaku sekitar jam 5.49 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemeriksaan fizikal terhadap tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian tersebut, namun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mayat remaja berkenaan telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan pihak polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (LMM).

Susulan kejadian itu, pihak polis membuka satu kertas Laporan Mati Mengejut bagi melengkapkan siasatan sementara menunggu laporan penuh forensik dikeluarkan.

+ - reset