TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Op Vape 1.0 bongkar dadah sintetik baharu furanyl fentanyl dalam vape, kini tembusi pasaran tempatan

By
|
Kongsi
image

 

 

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR, 21 April 2026 – Industri vape di Malaysia kini berada di bawah perhatian serius apabila hampir 50 peratus premis yang diperiksa dalam OP VAPE 1.0 melanggar undang-undang, termasuk disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan, operasi berlangsung selama lima hari bermula 13 hingga 17 April lalu di seluruh negara.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan serta beberapa pihak berkuasa lain dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah melalui medium vape.

Daripada 1,670 premis yang diperiksa, sebanyak 728 premis didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Lebih membimbangkan, sebahagian premis dipercayai menjadi pusat pengedaran bahan terlarang melaui katrij vape yang mengandungi cecair disyaki dadah.

“Antara bahan yang ditemui termasuk furanyl fentanyl, sejenis dadah paling berbahaya dalam pasaran,” katanya.

Sepanjang operasi, pihak berkuasa menahan 20 individu di bawah pelbagai peruntukan undang-undang berkaitan dadah.

Rampasan turut mendedahkan skala sebenar kegiatan ini apabila 8,091 peranti vape, 5,237 kartrij dan lebih 19.67  kilogram bahan disyaki dadah dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM4.6 juta.

Selain tangkapan, tindakan tegas turut diambil terhadap premis yang melanggar peraturan.

”142 premis diberi notis pematuhan, 5 premis disita dan lebih 1,149 kompaun dikeluarkan,” ujarnya.

Situasi ini menunjukkan bahawa sebahagian premis vape bukan sekadar menjual produk nikotin, tetapi turut disalah guna sebagai saluran pengedaran dadah.

Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan bahawa vape kini menjadi “topeng baharu” bagi sindiket dadah, khususnya dalam kalangan belia yang mungkin tidak menyedari bahan yang mereka sedut.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan industri vape tidak menjadi platform kepada aktiviti jenayah.

+ - reset