Berita Berita
Melaka sah laksana PRN tahun ini, tiada asas untuk tangguh - Ab Rauf
MELAKA 21 April – Kerajaan negeri tidak mempunyai asas kukuh untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tahun ini, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri, kata Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, tempoh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada Disember depan, sekali gus membuka ruang untuk pilihan raya diadakan dalam tempoh yang ditetapkan.
“Berdasarkan peruntukan sedia ada, pilihan raya (negeri) boleh diadakan pada bila-bila masa bermula Mei hingga tamat tempoh tarikh tersebut (pada Disember).
“Dan saya tidak nampak keperluan untuk menangguhkan pilihan raya ini, kerana asasnya tidak cukup untuk menyokong cadangan (menangguhkan) tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Enrique of Malacca di sini hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, dilaporkan akan membawa usul untuk menangguhkan PRN Johor dan Melaka ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO susulan krisis geopolitik di Asia Barat.
Selain itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang juga Pengerusi DAP negeri mencadangkan supaya kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat untuk menangguhkan PRN negeri berkenaan berikutan krisis bekalan global.
Bagaimanapun, Ab Rauf menegaskan setakat ini tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian memandangkan peruntukan sedia ada masih mencukupi bagi memastikan proses demokrasi berjalan seperti biasa.
Berita berkaitan
April 21, 2026, 7:54 pm
Timbalan Pengerusi NGO antara tiga ditahan disyaki seleweng dana zakat RM230 juta
April 21, 2026, 4:05 pm
Insiden kekasaran di Kulim: Anggota polis ditukarkan ke bahagian pentadbiran
April 21, 2026, 4:01 pm
Pandu mabuk dan langgar lampu merah, wanita dipenjara sehari, denda RM13,000
April 21, 2026, 3:56 pm
Warga emas maut dirempuh lori ketika lintas jalan di Dengkil
April 21, 2026, 3:51 pm
KDN teliti isu dokumen mangsa kebakaran Sandakan, utamakan warganegara
April 21, 2026, 3:46 pm
Anwar bakal umum langkah tambahan bantu siswazah menganggur
April 21, 2026, 2:20 pm
