TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita menyamar petugas hospital tipu waris pesakit di HSAJB

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 22 April – Taktik licik seorang wanita yang menyamar sebagai petugas hospital untuk mengaut wang daripada waris pesakit terbongkar selepas satu kejadian penipuan dilaporkan berlaku di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) petang semalam.

Dalam kejadian tersebut suspek yang dipercayai duduk di meja nombor pendaftaran telah meminta bayaran sebanyak RM30 daripada seorang waris kononnya sebagai caj kemasukan wad sehingga menyebabkan mangsa melakukan pembayaran tanpa rasa curiga demi urusan ahli keluarganya.

Pihak pengurusan HSAJB melalui kenyataan rasmi menegaskan bahawa individu terbabit bukan merupakan petugas hospital dan segala tuntutan bayaran yang dibuat itu adalah satu tindakan penipuan yang kini sedang berada dalam siasatan pihak polis.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta memastikan sebarang urusan kewangan hanya dilakukan di kaunter hasil yang sah dengan pengeluaran resit rasmi bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan insiden itu masyarakat diingatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi cemas melibatkan urusan kemasukan pesakit ke hospital.

+ - reset