TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu azan, solat berjemaah diganggu: Pengurusan Surau Taman Saraya buat laporan polis

By
|
Kongsi
image

AMPANG 24 April – Jawatankuasa (AJK) Surau Jumaat Taman Saraya di sini, hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah susulan dakwaan gangguan pihak tertentu yang mendesak aktiviti keagamaan di surau berkenaan dihentikan.

Pengerusi surau tersebut, Abdullah Sulaiman berkata, laporan polis dibuat selepas timbul beberapa isu sensitif termasuk bantahan terhadap laungan azan, pelaksanaan solat berjemaah serta penggunaan ruang luar surau bagi tujuan solat.

Menurut beliau, pihak terbabit mendakwa laungan azan mengganggu ketenteraman mereka dan turut meminta agar aktiviti solat berjemaah yang telah diumumkan kepada penduduk setempat ditutup sepenuhnya.

“Pertama, mereka mengatakan azan yang dilaksanakan sekarang ini mengganggu. Kedua, solat berjemaah yang telah diumumkan diminta untuk ditutup. Ketiga, persiapan ruang luar untuk solat juga tidak dipersetujui sehingga kami diminta tidak memasang lampu,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.

Abdullah menjelaskan bahawa ketegangan itu sebenarnya sudah berlarutan sejak kira-kira lima tahun lalu, namun keadaan menjadi semakin serius apabila ketiga-tiga tuntutan dan gangguan tersebut berlaku secara serentak sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, pihak pengurusan surau berharap tindakan undang-undang dan campur tangan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kemelut berkenaan bagi menjamin keharmonian penduduk dan kelancaran urusan ibadah di kawasan tersebut.

+ - reset