Berita Berita
Kerajaan pertimbang turun cukai jalan kenderaan diesel bantu ringan beban rakyat - PM
BATU KAWAN 25 April - Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel dalam masa terdekat sebagai langkah mengurangkan beban pengguna susulan kenaikan harga bahan api itu.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan Malaysia supaya mencari mekanisme yang bersesuaian bagi melaksanakan pengurangan berkenaan dengan mengambil kira kesan kenaikan harga diesel terhadap pengguna, khususnya sektor yang masih bergantung kepada kenderaan tersebut.
"Turunkan harga minyak (diesel) sekarang ini tidak mampu tetapi cukai jalan itu boleh (dikurangkan) dan terdapat sebanyak 1.8 juta kenderaan diesel di Malaysia.
"(Jumlah) masih kecil ketimbang keseluruhannya tetapi bagi 1.8 juta kenderaan ini ada masalah kerana harga diesel naik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, di sini hari ini.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
Inisiatif BDR jimat RM1.9 juta subsidi petrol dalam tempoh 10 hari
May 1, 2026, 8:11 am
