TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

1 juta rupiah kini RM230.79, ramai ambil peluang rancang percutian ke Indonesia

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 25 April - Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Rupiah Indonesia ketika ini mencuri perhatian ramai, sekali gus mendorong orang ramai mengambil peluang merancang percutian ke negara jiran itu.

Menurut tinjauan Kosmo Online, kadar tukaran semasa menunjukkan RM1 kini bersamaan 4,332.94 rupiah, menjadikan 1 juta rupiah hanya bernilai kira-kira RM230.79.

Sebagai perbandingan, pada hujung Mac lalu, kadar pertukaran berada sekitar RM1 bersamaan 4,201.68 rupiah.

Perkembangan itu menyaksikan pengguna media sosial berkongsi keterujaan menukar ringgit kepada rupiah sebagai persediaan bercuti ke Indonesia.

Malah, ada yang berseloroh bahawa dengan hanya membawa beberapa keping not RM100, mereka sudah mampu menikmati gaya hidup lebih selesa di sana.

Selain itu, terdapat juga pandangan yang menyifatkan tempoh ini sebagai masa terbaik untuk melancong ke Indonesia memandangkan kos penginapan, makanan dan barangan menjadi lebih murah apabila ditukar kepada ringgit, sekali gus mendorong orang ramai merancang bajet percutian.

“Anak-anak dah automatik jadi jutawan dekat sana setiap kali raya,” seloroh pengguna @anas4fifi.

“Beli tiket penerbangan ke sana untuk tiga hari dua malam dah cukup dah bawa RM300 sahaja,” kata pula pengguna @zulyusrisarno.

“Ini lah masanya untuk tukar RM ke Rupiah banyak-banyak, boleh balik hari ke Jakarta selalu,” ujar pengguna Zyuries.

+ - reset