TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Netanyahu hidap kanser prostat, dua bulan simpan rahsia

By
|
Kongsi
image

 

TEL AVIV 25 April – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Jumaat mendedahkan beliau menghidap Kanser Prostat yang dirahsiakan selama dua bulan.

Menerusi catatan di media sosial, pemimpin itu mendakwa telah menjalani rawatan terapi radiasi selepas tumor peringkat awal dikesan ketika pemeriksaan rutin.

"Rawatan bersasar telah menghapuskan 'masalah' itu," katanya.

Netanyahu, 76, bagaimanapun tidak memperincikan lanjut mengenai rawatan tersebut dan memberi alasan beliau merahsiakan perkara itu kerana bimbang musuh akan menyebarkan propaganda terhadap Tel Aviv.

Kemunculannya di khalayak umum pada fasa awal konflik dengan Iran sebelum ini mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan imej beliau yang tular mempunyai kecacatan dan dipercayai hasil janaan kecerdasan buatan (AI).

Khabar angin itu turut disusuli dakwaan kononnya beliau mengalami kecederaan atau telah meninggal dunia dalam serangan balas dilancarkan oleh Tehran.

+ - reset