Berita Berita
ADUN DAP buat mesyuarat tergempar susulan krisis politik Negeri Sembilan
SEREMBAN 27 April – Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu di Kemayan Square petang ini, bagi membincangkan kemelut pentadbiran yang melanda Negeri Sembilan.
Langkah itu diambil susulan tindakan 14 ADUN UMNO yang dilaporkan telah menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus mencetuskan krisis kepimpinan dalam kerajaan negeri.
Setiausaha Agung DAP merangkap ADUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook, tiba di pejabat berkenaan kira-kira jam 2 petang untuk mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan hala tuju dan pendirian parti di peringkat negeri.
Anthony memaklumkan secara ringkas bahawa pihaknya dijadualkan bertemu dengan Aminuddin di kediaman rasmi Menteri Besar sejurus mesyuarat tersebut selesai bagi membincangkan perkembangan semasa.
DAP kini memegang 11 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Satu sidang media dijangka akan diadakan selepas perjumpaan dengan Menteri Besar bagi menjelaskan kedudukan parti dalam menangani krisis yang turut menyebabkan penangguhan persidangan DUN pagi tadi.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:51 pm
