Berita Berita
Pas sambut baik tindakan UMNO Negeri Sembilan tolak PH
SHAH ALAM 27 April – Pas menyifatkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai satu langkah awal untuk menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini memberikan ucapan tahniah atas keputusan drastik yang diambil oleh Barisan Nasional (BN) negeri itu.
"Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan tolak PH!" tulis beliau dalam hantaran ringkas tersebut.
Terdahulu, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengumumkan kesemua 14 ADUN gabungan itu sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin ekoran krisis melibatkan institusi adat dan perlembagaan negeri yang semakin meruncing.
Krisis tersebut melibatkan ketegangan antara institusi Undang Yang Empat dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selain isu kedudukan penyandang pesaka Dato' Klana Petra Luak Sungai Ujong.
Impak daripada kemelut politik ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Untuk rekod, kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini dibentuk melalui gabungan PH (17 kerusi) dan BN (14 kerusi) yang memberikan majoriti 31 daripada 36 kerusi keseluruhan, manakala Perikatan Nasional (PN) memegang baki lima kerusi melalui Pas (3) dan Bersatu (2).
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:43 pm
