Berita Berita
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
GEORGE TOWN 27 April – Aktivis daripada Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat menuntut penjelasan berhubung satu video tular yang memaparkan tindakan unit penguat kuasa bermotosikal mengiringi konvoi kereta mewah di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang), Sabtu lalu.
Timbalan Pengerusinya, P. Shandrasegar mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) kawalan lalu lintas yang dilakukan oleh agensi penguatkuasaan terbabit serta mendesak agar siasatan mengenai kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dijalankan.
"Agensi terbabit perlu menjelaskan sama ada pengiring mematuhi SOP ditetapkan atau tidak serta tujuan sebenar pengiring diberikan. Kita juga menggesa Jabatan Integriti menjalankan semakan dalaman dengan telus bagi memastikan tiada pelanggaran tatakelola berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain isu pengiring, Shandrasegar turut membangkitkan aspek keselamatan jalan raya apabila terdapat individu dalam konvoi berkenaan dilihat memandu sambil memegang kamera 360 darjah. Beliau mempersoalkan sama ada tindakan undang-undang telah diambil terhadap pemandu yang menggunakan peranti elektronik semasa memandu.
Tuntutan ini menyusul selepas rakaman video di aplikasi TikTok menjadi tular, memaparkan sekumpulan kereta mewah diiringi unit bermotosikal agensi kerajaan, yang kemudiannya mengundang kritikan hebat daripada warga maya.
Rata-rata pengguna media sosial menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tampil memberi penjelasan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap integriti agensi penguatkuasaan negara tidak terjejas.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:51 pm
Pas sambut baik tindakan UMNO Negeri Sembilan tolak PH
April 27, 2026, 2:43 pm
