Berita Berita
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
PUTRAJAYA 27 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menggesa semua pihak agar menghentikan sebarang spekulasi berhubung isu rungutan laungan azan di sebuah masjid di Ampang yang tular baru-baru ini.
Beliau meminta orang ramai memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan menasihatkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan.
"Sebarang ketidakpuasan hati perlu disalurkan melalui saluran yang betul. Kita perlu sentiasa menjaga keharmonian dan saling menghormati, khususnya dalam isu yang membabitkan sensitiviti agama," katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan gangguan terhadap aktiviti keagamaan di kawasan tersebut sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:51 pm
Pas sambut baik tindakan UMNO Negeri Sembilan tolak PH
April 27, 2026, 2:43 pm
