Berita Berita
'Jangan kejutkan rakyat dengan angka besar' - Gunaraj desak data ‘688 kuil’ dijelaskan, bukan semua kuil sebenar
SHAH ALAM 27 April - Isu statistik “688 kuil” dan 1,169 rumah ibadat lain di Selangor perlu diperhalusi serta diperjelaskan secara terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George berkata, angka tersebut boleh memberi gambaran tidak tepat sekiranya pelbagai jenis struktur tempat ibadat digabungkan tanpa pengkategorian yang jelas.
“Jika dicampur semua jenis struktur tanpa kategori yang jelas, ia boleh memberikan gambaran yang tidak tepat kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan perkara itu di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Menurut beliau, berdasarkan semakan di peringkat National Hindu Temples Steering Committee (NHTSC) serta maklum balas komuniti setempat, angka berkenaan berkemungkinan merangkumi pelbagai jenis tempat ibadat yang berbeza dari segi sifat dan skala.
Katanya, ia termasuk struktur kecil dalam satu kawasan yang dikira sebagai entiti berasingan, bangunan tambahan di sekitar kuil, pondok penyembahan atau shrine kecil, serta tempat sembahyang di dalam rumah persendirian.
“Adalah tidak wajar untuk menyamakan semua ini sebagai ‘kuil’ dalam erti kata sebenar. Kuil mempunyai jawatankuasa, berdaftar dan mempunyai struktur pengurusan tersendiri,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan pendekatan lebih adil dan tepat perlu digunakan dengan mengkategorikan tempat ibadat mengikut definisi jelas sama ada kuil berstruktur, shrine kecil atau tempat sembahyang persendirian sebelum sebarang angka diumumkan kepada umum.
Dalam masa sama, Gunaraj menekankan pengurusan tempat ibadat perlu dilaksanakan secara tersusun, inklusif dan berhemah dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat serta keperluan sebenar penganut.
Beliau turut menyeru agar satu semakan menyeluruh dilakukan bagi memastikan data yang dikemukakan adalah tepat, telus dan tidak mengelirukan.
“Ketepatan fakta adalah asas kepada dasar yang baik. Jangan mengejutkan rakyat dengan angka besar tanpa konteks sebenar,” katanya.
Tambah beliau, data yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) itu juga perlu dibincangkan secara menyeluruh di peringkat mesyuarat berkaitan sebelum diumumkan kepada umum.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:51 pm
Pas sambut baik tindakan UMNO Negeri Sembilan tolak PH
April 27, 2026, 2:43 pm
